www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


"Matrikulasi: Jangan Musnahkan, Tapi Perbaiki"

0 month ago, 15-May-2019



oleh: IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

1. Suara Presiden GERAKAN, Dato' Dr Dominic Hau Loe Chai yang meminta dihentikan layanan tidak adil kepada pelajar bukan Bumiputera dalam pendidikan amat segera perlu diberi perhatian. Khususnya dalam kaedah untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dikemukakan beliau.

2. Malah, gesaannya supaya Kerajaan PH memulakan pentadbiran adil itu harus diperluaskan kepada semua aspek. Namun, Dato' Dr Dominic perlu menerima hakikat bahawa desakan untuk menghapuskan program matrikulasi juga sama sekali tidak wajar. Ia tidak harus dimangsakan atau dihukum.

3. Kami mendalami segala ketidakadilan serta kepincangan di 'masa lalu', tetapi kita tidak harus mendepani semua kesilapan lampau dengan memusnahkannya. Adalah tenang dan matang kita memulakan keadilan dengan menunjukkan jalan yang betul dengan memperbaikinya.

4. Walaupun kami memahami perkara dilontarkan Dato' tidak bermotif perkauman, namun ia tetap terbuka menjadi polemik dalam kerangka perkauman. Kerana itu kami lebih awal melontarkan kepada Kerajaan PH supaya membanyakkan kerusi untuk kemasukan ke matrikulasi dan turut membuka kepada kaum lain.

5. Malah, kami mahu supaya pelajar menikmati pendidikan percuma disediakan negara, selain mengsyorkan supaya kerajaan melaksanakan sistem wakaf dalam pendidikan. Dalam isu ini, kami bersedia untuk duduk semeja bersama GERAKAN berbincang menghasilkan solusi terbaik untuk kepentingan masa depan negara kita.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN ialah Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia



SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts