EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dah masuk tahun 2020, pelajar pendalaman masih bergadai nyawa nak pergi sekolah

0 month ago, 11-Jan-2020

Demi untuk mendapatkan ilmu, seramai 30 orang murid sekolah rendah dan tadika bersama ibu bapa mereka, terpaksa bergadai nyawa setiap hari menyeberangi Sungai Jambutan menggunakan saluran paip, jika hujan terlalu lebat.

Ini kerana, jika hujan lebat jambatan aras rendah yang sudah uzur di Kampung Muhang, Sabah itu, kerap ditenggelami air hingga tidak boleh digunakan dan terpaksa menunggu lama untuk air surut.

Maka itulah, penduduk disitu mengambil risik0 menggunakan saluran paip menghubungkan Kampung Muhang dan Kampung Jambutan Laya-Laya di Kota Marudu, sebagai inisiatif lain untuk menghantar anak ke sekolah.

Setiap kali jambatan itu ditenggelami air, penduduk terpaksa menggunakan saluran paip air graviti yang menghubungkan ke kampung Jambutan Laya-laya

Tiada pilihan lain, mereka terpaksa memanjat saluran paip tersebut untuk menyebarangi sungai. Dapat diperhatikan, ibu bapa menggendong anak masing-masing dalam hujan lebat sehingga selamat sampai ke seberang.

Selepas bergadai nyawa menyebarangi sungai, pelajar sekolah tersebut akan menyambung perjalanan sejauh lima kilometer ke Sekolah Kebangsaan (SK) Temuno, Teringai Darat Kota Marudu.

Diharapkan, pihak berwajib segera menyelesaikan masalah ini, kita sudah menuju wawasan 2020 tetapi pemandangan seperti ini masih lagi kelihatan.

: Harian Metro & Sabah Media


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...