EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PM masuk parlimen pakai mafela Palestin, tekad mahu terus perjuang hak bangsa ditindas

0 month ago, 29-Jul-2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat pameran #UniteforPalestine iaitusatukempen bagi menzahirkan sokongan Malaysia terhadap Palestin anjuran Wisma Putra di bangunan Parlimendi sini.

Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminyaMuhyiddin berkata beliau juga sempat bertemu pegawai-pegawai Wisma Putra dan Kedutaan Palestin di Malaysia yang bertugas di ruang pameran tersebut.

Menurutnya,kempen yang turut disertai kedutaan ituamat baik dalam memberikan pendedahan kepada ahli Parlimen mengenai isu Palestin.

Kempen juga memberi pendedahanmengenai peranan yang boleh dimainkan ahli Parlimendalam membela nasib rakyat Palestin seperti menyumbang kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diselia oleh Wisma Putra, katanya.

Pameran itu juga menerangkan tentang langkah-langkah yang telah diambil kerajaan di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan isu Palestin

Malaysia akan terus konsisten membawa suara rakyat Palestin yang tertindas dan memperjuangkan nasib mereka di pentas dunia. Insya-Allah

Sebagai tanda sokongan, Muhyiddin turut mengenakan mafela yang tertera bendera Palestin semasa berada dalam persidangan Dewan Rakyat.

: Bernama


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...