www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Masters Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke separuh akhir

0 month ago, 12-Jan-2019


 

Pasangan beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus cemerlang di Kejohanan Badminton Masters Thailand 2019 selepas melangkah ke perlawanan separuh akhir di Bangkok, hari ini.

 

Beregu pilihan pertama kejohanan, mengalahkan beregu pilihan keenam yang juga rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-12 dan 21-16 pada perlawanan suku akhir di Stadium Tertutup Huamark, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

 

Satu lagi beregu kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani juga layak ke separuh akhir selepas mengalahkan rakan sepasukan mereka, Mohamad Arif Ab Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub (pilihan kelapan); 21-8 dan 21-14.

 

Pasangan beregu campuran negara yang merupakan pilihan pertama kejohanan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menjadi pemain pro baru-baru ini, turut melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan beregu Indonesia, Alfian Eko Prasetya-Marsheilla Gischa Islami 21-12 dan 22-20.

 

Bagaiamapun kesemua pemain perseorangan lelaki tersingkir selepas masing-masing tewas kepada pihak lawan.

 

Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Lee Zii Jia kalah 11-21 dan 19-21 kepada pemain pilihan ketujuh, Brice Leverdez dari Perancis manakala Cheam June Wei tewas kepada bekas juara dunia Lin Dan dari China 21-14, 16-21 dan 8-21.

 

— BERNAMA

Masters Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke separuh akhir Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts