EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Masjid al-Aqsa ditutup semula bermula Jumaat ini

0 month ago, 16-Sep-2020

Baitulmuqaddis: Perkarangan Masjid al-Aqsa akan ditutup semula bermula Jumaat ini, selepas berlaku peningkatan ke Covid-19.

Pihak berkuasa Waqf berkata, peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Israel dan Palestin menggesa pihaknya mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai kesihatan.

Ahli Waqf membuat keputusan untuk 'menyekat kemasukan orang awam bermula tengah hari Jumaat (18 September) bagi tempoh tiga minggu'.

"Kami berharap orang awam dapat menghormati prosedur ini, dalam usaha memastikan keselamatan dan kesihatan semua," kata ahli Waqf, Hatem Abdel Qader kepada AFP.

Penutupan itu seiring dengan sekatan pergerakan yang dilaksanakan Israel, yang mengawal pintu masuk kawasan berkenaan.

Azan masih dibenarkan berkumandang dan kakitangan Waqf dibenarkan menunaikan solat di sana.

Pada Mac lalu, perkarangan Masjid Al-Aqsa ditutup sementara waktu kerana peningkatan kes Covid-19 namun, dibuka semula penghujung Mei lalu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...