www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


FAM masih tunggu jawapan daripada tiga negara

0 month ago, 13-Feb-2019


Dengan penganjuran Piala Empat Negara di Malaysia pada bulan hadapan, Persatuan Bolasepak Malaysia masih menunggu jawapan daripada Singapura, Afghanistan dan Kuwait selewat-lewatnya pada hari Selasa depan.




Kejohanan Piala Empat Negara itu dikhabarkan akan berlangsung pada 18 sehingga 26 Mac nanti.

Berdasarkan jadual perlawanan FIFA, kami akan beraksi sebanyak dua kali, jadi ia tetap akan diteruskan. Kami hanya cuba mendapatkan tiga pasukan agar dapat memaksimumkan jumlah perlawanan dalam kalendar FIFA.


Jika tiada pasukan daripada tiga negara itu yang menyatakan persetujuan, kami tetap akan meneruskannya, kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam seperti dilaporkan Astro Awani.

Stuart turut menambah bahawa ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe dan ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara akan berbincang untuk menentukan skuad terbaik yang akan beraksi dalam kejohanan tersebut dengan persiapan untuk kelayakan Sukan Olimpik 2020 akan diberi keutamaan.






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts