EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Masih taknak claim jerebu berpunca dari Indonesia, ini maklum balas dari Malaysia

0 month ago, 13-Sep-2019

Gejala jerebu di Semenajung kini sudah ke tahap yang membimbangkan, malah beberapa negeri mencatat skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Seperti yang didakwa sebelum ini, jerebu yang melanda Malaysia adalah berpunca daripada kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan, Indonesia.

Walaupun sudah jelas dan banyak bukti berfakta, bahawa jerebu yang kita alami kini berpunca daripada republik berkenaan. Namun, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya menafikan dakwaan tersebut.

Menurut beliau, tiada lagi asap rentas sempadan dikesan selepas pihak berkuasa Indonesia meneruskan usaha memadamkan kebakaran hutan dan belukar.

Namun, penafian tersebut telah disangkal oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, menurut beliau Indonesia tidak sepatutnya menafikan, kerana sudah jelas memang berpunca dari negara tersebut.

Lihat data terkini Pusat Meteorologi ASEAN terdapat 474 tompok panas di Kalimantan dan 387 di Sumatera manakala Malaysia hanya tujuh

Posted by Bee Yin Yeo onSunday, September 8, 2019

Menerusi laman Facebooknya, beliau telah berkongsi gambar daripada data Pusat Meteorologi ASEAN, bagi membuktikan bahawa hujahnya benar.

Dakwaannya Siti Nurbaya jerebu itu datang dari Sarawak pula sila tengok arah pergerakan angin. Macam mana logiknya ia berlaku

Masalah jerebu ini memang sudah lama melanda negara kita, diharapkan pihak berwajib ambil tindakan segera agar rakyat Malaysia dapat menghirup udara yang sihat.

: Yeo Bee Yin

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com