EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

4 Masalah Kesihatan Akibat Tilam & Tanda-TandaTilam Perlu Ditukar Baru

0 month ago, 05-Apr-2021

Ramai tak tahu bahawa tilam yang kita gunakan setiap malam sebenarnya boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Terutama jika ia telah lama digunakan. Perasan tak kadang-kadang kita terasa sakit belakang bila tilam sudah melendut. Itu antaranya.

Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan lanjut tentang masalah kesihatan berkaitan tilam dan petanda bahawa tilam kita sudah perlu ditukar.

Masalah kesihatan akibat tilam tak elok

Dah lama! Tilam tu saya beli masa baru kahwin dulu. Lebih 10 tahun dah, doktor.

Kadang-kadang, saya kena tanya pesakit saya, bila kali terakhir mereka tukar tilam. Selain tilam dan bantal, ada tak permukaan lain yang kita gunakan lebih daripada 6 jam.

Di pejabat pun, kita bukan duduk di kerusi sepanjang masa, ada juga berdiri. Jadi, keadaan tilam sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan kita.

Antara masalah kesihatan yang boleh berlaku akibat keadaan tilam yang tak elok.

1. Sakit Badan

Keadaan tilam dan bantal yang tak sempurna boleh menyebabkan tubuh badan menjadi kerap sakit, contohnya: sengal tengkuk, belikat dan pinggang. Ini disebabkan tilam tidak lagi memberi sokongan yang sesuai untuk tubuh kita.

2. Alahan

Tilam boleh jadi tempat allergen berkumpul. Contohnya: debu, habuk, bahan kimia. Ini boleh menyebabkan seseorang itu kerap mengalami gegata, mata berair, selsema, bersin dan asma. terutamanya semasa tidur.

3. Kutu dan Hama

Infestasi kutu, pepijat, tungau dan hama boleh menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, ruam, dan kudis. Serangga-serangga ini boleh berpindah dari satu individu ke individu yang berkongsi tempat tidur.

4.Bakteria dan Kulat

Bakteria dan kulat pada tilam boleh menjangkiti tubuh manusia dan menyebabkan masalah pada kulit, pernafasan, rambut, kuku dan sebagainya. Selain itu, spora kulat juga boleh menyebabkan keracunan.

Apa perlu dilakukan

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk memastikan tempat tidur kita dalam keadaan baik?

1.Tukar cadar setiap minggu
Ia merupakan permukaan yang bersentuh secara langsung dengan tubuh kita, maka ia menyerap peluh, hingus, air liur dan lendiran tubuh kita. Jadi, cadar dan sarung bantal perlu ditukar sekurang-sekurangnya seminggu sekali.

2. Gunakan Cadar Anti-alahan
Ada cadar yang menggunakan material yang tenunannya lebih rapat. Ini dapat mengurangkan penembusan allergen dari permukaan tilam, naik ke permukaan cadar. Ia lazimnya dilabel cadar hypoallergenic atau anti-dust.

3. Pusingkan Tilam Setiap 3 Bulan
Pusingkan(rotate) dan terbalikkan(flip) tilam supaya penggunaan permukaannya sekata. Ini boleh memanjangkan hayat tilam. Tilam yang atas beza material antara permukaan atas dan bawah, tak usah pula di terbalikkan.

4. Bersihkan Tilam Setiap 3 Bulan
Setiap kali pusingkan tilam, bersihkan juga tilam. Boleh buat jemuran, sedutan vakum, cucian kering, atau apa-apa kaedah yang bersesuaian dengan jenis tilam. Ini untuk tujuan membasmi kotoran, perosak dan kuman.

Tanda-tanda dah perlu fikir untuk tukar kepada tilam baharu

 

1. Tilam Berubah Bentuk
Jika permukaan tilam sudah tenggelam, berbonggol-bongol atau senget sebelah, adalah tanda tilam sudah tak mampu beri sokongan yang baik pada tubuh. Selain itu, jika tilam telah jadi terlalu keras atau lembut, maka perlu tukar.

2. Berlubang atau Reput
Tilam dibaluti kain pelindung. Fungsinya untuk sesuatu yang tidak diingini masuk atau keluar daripada dalaman tilam. Haiwan perosak seperti lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam yang dah koyak.

3. Berbau Kurang Senang
Jika tilam tetap mempunyai bau yang kurang menyenangkan walaupun sudah cuba dibersihkan beberapa kali, maka sudah tiba masa menggantikannya. Bauan dan wasap ini mungkin boleh membahayakan kesihatan.

4. Digunakan Lebih 1 Dekad
Jangka hayat tilam sebenarnya bergantung kepada material, binaan dan penjagaan tilam berkenaan. Namun, secara umum, kualiti tilam akan merosot ke tahap genting setelah sekitar 10-15 tahun ia digunakan setiap hari.

:Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

 

4 Masalah Kesihatan Akibat Tilam & Tanda-TandaTilam Perlu Ditukar Baru Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...