EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak Ada Masalah Isteri Cium Suami Di Tempat Terbuka Ustaz Jawab Kontroversi Mia Ahmad Cium Suami

32 month ago, 08-Nov-2017

Tindakan spontan Mia Ahmad yang mencium pipi suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan kerana merasa bangga ketika JDT memenangi Piala Malaysia 2017 mengundang kecaman netizen.

Ingin menjelaskan isu tersebut bukanlah satu masalah yang besar, Mia menerusi Insta Story memuat naik screenshot perbualan Izham bersama seorang ustaz tentang hukum seorang isteri mencium suami di tempat terbuka.

Berdasarkan penjelasan ustaz berkenaan, tidak salah untuk seorang isteri memberikan ciuman cinta serta kasih sayang kepada suaminya asalkan perbuatan mereka tidak menimbulkan nafsu orang lain yang melihatnya.

Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang salah faham dan terus mengkritik Mia dan Izham. Mia juga tidak sengaja melakukan aksi tersebut.

Berita : Instagram Mia Ahmad


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...