EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Saya Tak Ada Masalah Dengan Orang Gay- Ini Pandangan TMJ Terhadap LGBT

0 month ago, 08-Jun-2021

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada Jumaat lalu berkongsi pandangan baginda mengenai golongan LGBT selepas diajukan soalan di Instagram Story baginda.

Semua Orang Berhak Memilih

Foto Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Menjawab soalan yang diajukan di akaun Instagram Story tersebut, baginda memberi pandangan positif dan menyatakan bahawa semua orang berhak untuk memilih apa yang mereka mahukan dalam kehidupan masing-masing.

IKLAN

Semua orang mempunyai hak untuk memilih apa yang mereka suka atau apa yang mereka nak jadi dalam hidup. Kongsi TMJ di Instagram Story

Agama Saya Tidak Benarkan, Tapi Saya Tak Ada Masalah Dengan Orang Gay TMJ

Meski baginda beri pandangan positif mengenai golongan ini, namun baginda juga turut menjelaskan bahawa dalam agama Islam perkara seperti ini tidak dibenarkan.

Foto Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Dalam kes saya, agama saya tidak memaafkan perbuatan tersebut dan Allah/Tuhan menjadikan Adam dengan Hawa. Bukannya Adam dengan Adam. Tapi saya tak ada masalah dengan orang gay. Itu adalah pilihan mereka Jelas TMJ di Instagram Story

TMJ tidak prejudis terhadap golongan LGBT meski dalam agama Islam hubungan sejenis adalah haram, kerana itu adalah pilihan masing-masing dan kehidupan ingin mereka jalani.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...