EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Masak Nasi Tanpa Kanji. Mudah Saja!

0 month ago, 22-Nov-2021

Makanan nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Ianya di makan bukan sahaja apabila waktu tertentu, tetapi di makan sewaktu sarapan, tengah, dan juga waktu malam. Malah di Malaysia, pelbagai masakan nasi dibuat seperti nasi briyani, nasi ayam, nasi goreng, nasi lemak dan banyak lagi.

Walaupun merupakan makanan ruji rakyat Malaysia, adalah digalakkan untuk mengawal pengambilan kuantiti nasi, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit tiga serangkai.

Ini kerana menurut laporan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna. Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.

Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Ini kerana kanji adalah polisakarida yang agak tinggi kalori Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.

Menerusi page MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, saudari Noreez Rahmat berkongsi cara masak nasi tanpa kanji yang mudah untuk disediakan demi kesihatan kita bersama.

Cara Masak Nasi Tanpa Kanji

Langkah-langkah untuk masak nasi tanpa kaji sangat mudah. Ikuti caranya di bawah:

1 – Rebus beras dengan air yang banyak.

2 – Biarkan mendidih dan separuh masak.

3 – Buang air kanji dan bilas dengan air paip.

4 – Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air.

5 – Bila dah siap masak, gemburkan nasi.

Sedia untuk dihidang. Mudah je kan? Selamat mencuba!

: Healthline, Noreez Rahmat via MATJHN

Cara Masak Nasi Tanpa Kanji. Mudah Saja! SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...