EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Maruah Pergi Mana?- Elly Mazlein Berang Teknik Pemasaran Melampau Peniaga Online

0 month ago, 09-Oct-2021

Penyanyi dan juga pelakon, Elly Mazlein meluahkan rasa kesal dan berang dengan sikap sesetengah peniaga yang melakukan strategi pemasarang yang melampau dan ‘bukan-bukan’ untuk tujuan pemasaran.

Advertisement

Kata Elly, teknik pemasaran yang berunsurkan lucah dan melampau seolah-olah telah memperlihatkan seseorang wanita itu tiada maruah dan tidak mempunyai perasaan malu.

Instagram Elly Mazlein : Media Hiburan  

Perkara tersebut dikongsikan Elly menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Ni nak cakap sikit, sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak jual produk, jual betul-betul la. Marketing elok-elok la sikit. Ni bagi video goyang? buah dada la..wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar. Apa benda ni? Maruah pergi mana? Tak tau malu ke?

Terdahulu, tular di media sosial mengenai tindakan seorang usahawan kosmetik terkenal yang telah mempromosikan barang jualan dengan gaya yang tidak senonoh.

Advertisement

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah terkenal PU Syed dan juga Ustazah Asma Harun yang terpanggil untuk memberi nasihat dan teguran kepada usahawan tersebut.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Maruah Pergi Mana?- Elly Mazlein Berang Teknik Pemasaran Melampau Peniaga Online first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...