EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Martinez lanjut kontrak hingga 2022

0 month ago, 20-May-2020

ROBERTO Martinez menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal sebagai jurulatih Belgium sehingga 2022 umum Persekutuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB).

Kontrak asal pengendali berusia 46 tahun sepatutnya tamat pada musim panas ini, serentak selepas tamat Euro 2020 yang kini ditangguhkan sehingga tahun depan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Martinez sudah berkhidmat dengan pasukan Red Devils itu sejak 2016 dan memacu skuad berkenaan ke tempat ketiga di Piala Dunia 2018 dan di puncak ranking terkini Fifa.

Skuad kendalian Martinez adalah pasukan pilihan untuk mencatat kejayaan di Euro 2020, selepas memenangi semua 10 perlawanan di peringkat kelayakan.

Kontrak baharu akan menyaksikan dia kekal pengendalian skuad itu sehingga selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.

Berita itu diumumkan oleh KBVB dengan klip video pendek di mana penyerang Real Madrid dan kapten Belgium, Eden Hazard bermain permainan video dalam talian sementara bercakap menerusi talian telefon dengan penyerang, Romelu Lukaku.

"Hi Romelu, adakah kamu melihat jurulatih sudah menurunkan tanda tangan?" kata Hazard. "Ya, ia adalah berita yang baik! Ok, bye."


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...