EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Maritim Malaysia Perak rampas 110 set bubu naga

0 month ago, 07-Jun-2021

LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah merampas sebanyak 110 set bubu naga di dua lokasi berbeza sekitar 3.2 hingga 3.3 batu nautika barat laut muara Sungai Perak, Perak kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semasa rondaan rutin bersepadu berhampiran kawasan itu, bot penguat kuasa telah mengesan beberapa pelampung di permukaan air yang mencurigakan dan disyaki penanda bubu naga.

Menurut beliau, pemeriksaan di keduadua lokasi mendapati, pelampung tersebut merupakan penanda kepada bubu yang dipasang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang berjumlah 110 set itu dirampas dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Penggunaan alat peranti memerangkap ikan secara salah menggunakan bubu naga ini dilihat berlaku secara berleluasa walaupun tindakan tegas dan larangan penggunaannya telah dikeluarkan, katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bubu naga yang dirampas dalam operasi semalam. Gambar: Maritim Malaysia

Shahrizan memberitahu, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Beliau menambah, penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga mengancam pertumbuhan habitat marin dan berpotensi pupus.

Kesemua bubu naga yang dirampas itu dianggarkan bernilai hampir RM13,200 dengan anggaran RM120 seunit, jelasnya.

Komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan insiden tersebut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737.

Mereka juga dinasihatkan agar memastikan bot sentiasa dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan sesuatu aktiviti di laut dan menghubungi talian 999 jika mengalami kecemasan atau ingin melaporkan kejadian jenayah di laut. EDISI 9



SUMBER : edisi9.com.my



Live Website Traffic


loading...