EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Marcelo Bielsa: Kami Mampu Tandingi Aksi Liverpool

0 month ago, 13-Sep-2020

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa menegaskan bahawa beliau berbangga melihat aksi bertenaga ditampilkan anak buahnya ketika bertemu Liverpool pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, awal pagi tadi.

Skuad kendalian pengurus kelahiran Argentina itu berjaya bangkit sebanyak tiga kali daripada ketinggalan sebelum Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88 untuk menghadiahkan kemenangan buat juara bertahan tersebut.

Taktikal yang digunakan oleh Bielsa juga dilihat sedikit memberikan kesukaran buat Liverpool namun beberapa kesilapan pertahanan mengecewakan Leeds untuk mencipta kejutan pada perlawanan ini.

Liverpool membuatkan kami sukar untuk meneutralkan aksi mereka, ujar Bielsa menurut laporan dikeluarkan Goal.

Terutamanya pada separuh masa kedua apabila kami bergelut untuk mendapatkan bola dari kawasan pertahanan untuk melakukan serangan.

Kami juga telah menghentikan Liverpool daripada bermain seperti yang mereka selalu pamerkan dan kami telah memberikan banyak usaha. Sebahagian besar perlawanan menyaksikan kami juga mampu untuk menandingi aksi mereka, tambah Bielsa lagi.

Aksi Liga Perdana Inggeris pertama sejak 16 tahun itu menyaksikan tiga jaringan Leeds United terhasil menerusi sumbangan Jack Harrison, Patrick Bamford dan Mateusz Klich.

Leeds akan menentang sebuah lagi kelab yang baharu sahaja dinaikkan pangkat dalam saingan liga paling popular di dunia itu, Fulham pada minggu hadapan di Elland Road.

Kredit featured image: Facebook rasmi Leeds United

Baca artikel lain dari kami mengenai Bielsa:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...