EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Mapim gesa ulama seluruh negara bantah Jeddah World Fest

0 month ago, 11-Jul-2019

BANGI Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) menggesa ulama seluruh negara menyatakan bantahan tegas terhadap penganjuran Jeddah World Fest yang dijadual berlangsung pada 18 Julai akan datang.

Khuatir dengan kepincangan kerajaan Arab Saudi, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, para ulama tidak seharusnya berdiam diri dalam isu ini dan berusaha menegur agar tanah suci itu tidak dicemari budaya jahiliah.

Ini adalah acara yang pertama seumpama ini di bumi kelahiran Islam dan di bumi Rasullullah mengembara menyempurnakan Risalah Dinnullah.

Kami tidak dapat menerima betapa kerajaan Arab Saudi kebelakangan ini semakin menyerlahkan kepincangannya dengan melakukan pelbagai langkah yang mencemari Islam, katanya dalam satu kenyataan.

Malah, beliau berkata, amat malang sekali apabila para ulama di bawah kerajaan Arab Saudi membisu sehingga tidak kedengaran sebarang suara menegur Raja Salman.

Apakah kerajaan Arab Saudi sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam sehingga berani buat kali pertamanya membenarkan acara seperti ini diadakan di bumi yang tertegakknya Masjidil Haram (Kaabah) di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Lebih parah, Jeddah adalah termasuk dalam kawasan miqat Haji dan kini musim para jemaah Haji dari seluruh dunia sedang berpusu-pusu untuk menunaikan haji musim ini, katanya.

Susulan itu, Mohd Azmi menggesa para ulama mengadakan sidang khas membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menegur Arab Saudi serta menggembleng umat Islam untuk bangkit bersama menentang pencemaran tanah suci.

Jeddah World Fest adalah satu festival yang menampilkan artis seluruh dunia untuk melakukan persembahan di King Abdullah Sport Stadium (KASS).

Festival itu dilaporkan bakal membawa penyanyi Liam Payne dan DJ Steve Aoki.

Arab Saudi mendakwa, festival itu selaras dengan undang-undang negaranya dan bebas arak serta dadah. Ismaweb

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com