www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Mangsa Pencemaran Perlu Diberi Pampasan Ahmad Maslan

0 month ago, 17-Mar-2019


PASIR GUDANG 17 Mac – Kesemua 4,000 mangsa yang terjejas akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini wajar menerima pampasan daripada kerajaan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun kes tersebut tidak diisytiharkan sebagai darurat bencana namun soal kebajikan mangsa terjejas perlu diutamakan.

Menurutnya, pampasan itu perlu bagi mereka untuk menjalankan rawatan susulan di hospital dan sebagainya memandangkan kemungkinan wujud kesan jangka panjang pencemaran tersebut kepada pesakit.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri perlu menimbangkan cadangan untuk memberi pampasan tertentu kepada mangsa terlibat.

“Jika mangsa bencana alam seperti banjir layak menerima pampasan, kes ini juga adalah bencana bahan kimia dan mereka layak menerimanya,” katanya dalam sidang akhbar ketika melawat mangsa di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini sebentar tadi.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, selain kerajaan, pihak bertanggungjawab juga perlu menyediakan pampasan kepada semua mangsa terjejas ekoran kejadian tersebut.

“Selain itu, pesalah juga harus mengambil tanggungjawab membersihkan kawasan terjejas serta menanggung semua kos pembersihan dan bukan meletakkannya ke atas bahu kerajaan negeri,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts