EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Selesai Beri Keterangan

0 month ago, 24-Aug-2021

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pendakwah bebas telah dikaitkan dengan kes gangguan seksual. Individu itu adalah Ebit Lew dan pihak polis telah mengambil keterangan dan melakukan pemeriksaan di rumah Ebit.

Advertisement

Terkini, pihak polis dilaporkan selesai mengambil keterangan daripada mangsa gangguan seksual yang terlibat dan dikaitkan dengan Ebit Lew. Perkara ini disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan tanpa mendedahkan identiti mangsa yang terlibat.

Jalil turut tidak mahu mendedahkan jumlah mangsa yang telah diambil keterangan dan masih menunggu saksi lain untuk membantu siasatan.

Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai yang ada maklumat boleh tampil.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit Lew yang berjumpa media sebelum ini turut menjelaskan dirinya hanya dipanggil untuk membantu siasatan. Diharapkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan kes tidak selesai.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Selesai Beri Keterangan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...