EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mangsa banjir terima rumah sewa dari Ebit Lew

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0
Ustaz Ebit Lew bersama mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal di Raub, Pahang. Foto FACEBOOK EBIT LEW

CYBERJAYA – Nasib malang sebuah keluarga yang kehilangan kediaman dalam kejadian banjir di Raub, Pahang akhirnya terbela apabila dikunjungi Ustaz Ebit Lew yang menawarkan sebuah rumah sewa siap dengan bayaran sewa.

Ebit Lew dalam kenyataan di Facebook berkata, berita mengenai keluarga itu diterima baru-baru ini apabila mereka terpaksa tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika keluarga lain sudah pulang ke kediaman masing-masing.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa keluarga berkenaan tidak mempunyai tempat untuk dituju apabila rumah dan kelengkapan berniaga mereka musnah akibat banjir besar di daerah berkenaan. 

Saya sampai waktu Maghrib. Syukur, terus carikan rumah sewa yang saya akan bayar sewa. Semalam siap bayar deposit semua. 

Saya hadiahkan abang kakak ini peti ais, mesin basuh, katil, kipas, rice cooker, dapur dan barang lain untuk keperluan berniaga,katanya.

Sementara itu Ebit Lew memberitahu, keluarga itu termasuk anak-anaknya tersenyum sambil air mata mereka mengalir.

Kata mereka, rezeki dapat jumpa ustaz. Allah takdirkan kak. Doa akak dan abang. Sabar yer. Di sebalik ujian ada rahmat Allah, tambah Ebit Lew lagi.

Ustaz Ebit Lew bertemu dengan mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal di Raub, Pahang. Foto FACEBOOK EBIT LEW

Mangsa banjir terima rumah sewa dari Ebit Lew Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...