EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

MANGSA BANJIR DI MELAKA DIJANGKA MENINGKAT

0 month ago, 20-Nov-2020

MELAKA: Bilangan mangsa banjir di Melaka terus meningkat selepas beberapa kawasan mula dinaiki air meski pun hujan sudah mulai reda.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sehingga kini empat pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka sejak semalam bagi menempatkan 243 mangsa daripada 61 buah keluarga.

Beliau berkata, empat PPS telah dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tedong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum dan SK Tehel yang baharu dibuka di daerah Jasin dan satu di SK Durian Tunggal, Alor Gajah.

Kawasan terjejas untuk Jasin, kita ada 8 kawasan, iaitu Taman Merlimau Mekar, Taman Merlimau Megah, Kilang Berapi, SMK Sdary, Tedong, Paya Lempong, Seri Mendapat dan Tehel.

Bagi Alor Gajah, kawasan yang terlibat adalah Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai, kata Leftenan Effendy.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi meramalkan dalam tempoh tiga hari ini, ribut petir bermula petang atau malam ini.

Bagaimanapun, PPS yang disediakan akan bertahan lama bagi menempatkan keluarga yang terkandas akibat banjir.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka berkata, seramai 70 anggota dikerahkan untuk memantau ketiga-tiga daerah tersebut.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...