EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

0 month ago, 02-Dec-2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Akibat daripada hujan yang berlarutan baru-baru ini telah menyebabkan jumlah angka mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,636 membabitkan 1,621 keluarga setakat pukul 7.00 pagi ini berbanding 2,652 mangsa daripada 781 keluarga malam tadi.

AplikasiInfoBencanaJKM menunjukkan seramai 3,231 mangsa daripada 970 keluargadipindahkan di Pasir Mas dan ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara(PPS).

Ia diikuti KotaBharu membabitkan 739 mangsa daripada 209 keluarga yang ditempatkan di tujuhPPS.

Di Pasir Putehpula, 611 mangsa  daripada 165 keluarga dipindahkan di tujuh PPS manakaladi Bachok 256 mangsa membabitkan 60 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Manakala di TanahMerah terdapat 371 mangsa daripada 50 keluarga menghuni lapan PPS, Machangdengan 219 mangsa membabitkan 65 keluarga yang dipindahkan di enam PPS dan 209mangsa melibatkan 50 keluarga lagi di lima PPS di Kuala Krai.

Dalam pada itulaman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dihttp://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan tiga sungai di Kelantan telahmelepasi paras bahaya.

Sungai Golok diRantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.47 meter melepasi paras bahaya 9meter berbanding 10.37 meter malam tadi.

Sungai Golok diJenob, Tanah Merah pada bacaan 23.98 meter melepasi paras bahaya 23.5 meter danSungai Kelantan di Kuala Krai kepada 25.07 meter (paras bahaya 25 meter).

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Lebir di Tualang kepada 33.96 meter (amaran 31 meter) dan Sungai Kelantan di Kusial pada paras 15.81 meter (amaran 14 meter).

Tiga buah sungai yang melepasi paras berjaga-jaga pula ialah Sungai Galas di Limau Kasturi di paras 56.52 meter (berjaga-jaga 56 meter), Sungai Galas di Dabong di paras 34.12 meter (berjaga-jaga 32 meter) dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam di paras 3.18 (berjaga-jaga 3.0 meter).

: Bernama


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic


loading...