EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mandy Lieu Model Kelahiran Ipoh Akhirnya Berpisah Dengan Jutawan Macau

0 month ago, 20-Nov-2020

Mandy Lieu nama yang tidak asing di Hong Kong dan juga Malaysia, model kelahiran Ipoh ini akhirnya memutuskan hubungannya bersama jutawan Macau iaitu Alvin Chau dan mulakan kehidupan baru di United Kingdom.

Wanita berusia 35 tahun ini kini tinggal di Selatan Hampshire yang terletak di Timur England. Kisah percintaan model Malaysia ini penuh dengan kontroversi dan isu panas.

Melihat model ternama ini terpalit dengan gelaran wanita simpanan, membuatkan orang ramai tidak mengetahui diri sebenar Mandy Lieu sebagai seorang model terkenal di rantau Asia.

IKLAN

Model Terkenal Asia

Foto Luxury Insider

Anak kelahiran Ipoh ini mula menceburi bidang model semasa dirinya berusia 17 tahun di Hong Kong, wanita kacukan Amerika dan Cina Malaysia ini kemudiannya mendapat perhatian ramai kerana rupa paras dan ketinggiannya membuatkan Mandy tampak menyerlah.

Perjalanan kerjayanya sebagai seorang model membuatkan wanita ini banyak berurusan dengan jenama-jenama terkemuka dunia seperti Dior, HIM, Marie Claire, Elle Wedding, Hugo Boss, Tag Heuer Watch dan banyak jenama terkenal dunia.

Kisah Percintaan Yang Tak Seindah Kerjayanya

Foto Luxury Insider

Awal perjalanan kerjaya Mandy membuatkan ramai wanita muda di Asia ingin menjadi seperti dirinya, tetapi setelah dirinya dan jutawan Macau Alvin Chau mempamerkan hubungan secara umum namanya mula dikritik.

Alvin Chau bukan saja seorang ahli perniagaan yang kaya raya, tetapi juga merupakan seorang lelaki yang telah berumahtangga.

Pada awalnya Mandy tidak tahu mengenai status kekasihnya itu adalah suami orang, tetapi setelah mendapat tahu kedua-duanya tetap meneruskan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

5 Tahun Hubungan, Tiada Status Sah Diberikan

Foto Arkib Wanista

Hubungan yang terjalin sejak Ogos 2014 sehingga Oktober 2019 tahun lepas akhirnya berakhir.

Mandy membuat keputusan untuk berpisah setelah lima tahun hubungan yang dijalaninya bersama kekasih hati, tidak mendapat status sah kerana Alvin enggan menceraikan isterinya Heidi Chan.

Mandy yang mempunyai tiga orang anak hasil hubungannya bersama jutawan Macau ini, kini membawa diri ke United Kingdom untuk memulakan kehidupan baru.

IKLAN

Buka Lembaran Baru, Jadi Usahawan Wanita Dan Kolumnis

Foto Sublime Magazine

Selepas berpisah dengan bekas kekasihnya itu dan mendapat wang breakup fee berjumlah RM158 juta yang diberikannya oleh Alvin, wanita ini gunakannya dengan membeli tanah di Ewhurst Park dan merancang untuk membina perniagaan agro miliknya.

Mandy ingin menjadikan estet miliknya itu, bertukar menjadi ladang ekologi yang menghasilkan makanan organik berkualiti tinggi.

Selain itu, Mandy juga merupakan penulis bagi Sublime Magazine yang memberi fokus terhadap isu keluarga, gaya hidup dan juga makanan.

Diharap kehidupan Mandy selepas ini lebih baik dari sebelumnya bersama anak-anak di sisi.

Rujukan: 1, 2, 3,



SUMBER : wanista.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...