EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dulu mandikan jenazah pesakit Covid, semalam beliau dimandikan

0 month ago, 07-Jun-2021

CYBERJAYA Catatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung kembalinya ke rahmatullah seorang kakitangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Sadam Turanakibat Covid-19 menyentuh perasaan ramai.

Dahulunya beliau mandikan jenazah pesakit Covid-19, semalam jenazah beliau pula dimandikan oleh petugas. Besar jasa beliau kepada umat Islam di Labuan.

Itu kata-kata Dr.Zulkifli yang dimuat naik dalam akaun Twitter beliau selepas menerima perkhabaran Allahyarham Datu Sadam menghembuskan nafas terakhir akibat pandemik tersebut.

Allahyarham adalah salah seorang yang terlibat sebagai anggota Pasukan Pengurusan Jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

Dr. Zulkifli berkata, kematian Datu Sadam diketahuinya pada jam 12 tengah malam melalui aplikasi WhatsApp.

Masih segar di ingatan saya ketika beliau mula melapor diri sekitar tiga hingga empat tahun lalu. Nama saya Datu Sadam, ujarnya. Dek keunikan namanya dan tubuh yang sedikit gempal serta sifatnya yang ramah saya senang mengingati beliau, katanya.

Beliau berkata, setiap kali mengadakan lawatan kerja ke Labuan, Allahyarham Datu Sadam antara individu terawal akan menyambutnya di Lapangan Terbang Labuan.

Selesai tugas di siang hari biasanya kami akan ke Anjung Ketam atau ke RPP Labuan untuk menikmati makanan laut, beliaulah biasanya berkhidmat membakar ikan, ketam, udang bersama sahabat lain.

Beliau pergi dalam usia yang muda 30 tahun, namun saya berbangga dengannya kerana sebelum didapati positif COVID-19, beliau terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah JAKIM dan JAWI bagi menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

Saya doakan semoga Allahyarham Datu Sadam Turan dikurniakan syahid dan ibu bapa serta keluarganya dikurniakan ketabahan dan kesabaran, tambah Zulkifli.



SUMBER : edisi9.com.my



Live Website Traffic


loading...