www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Manchester United kena move on

0 month ago, 17-Apr-2019


MANCHESTER United kini perlu memberi sepenuh fokus kepada pemburuan slot empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dikecewakan Barcelona 4-0 pada pentas lapan terbaik Liga Juara-Juara pagi tadi.

Tonggak The Red Devils, Jesse Lingard berkata, pemain kelab itu perlu melupakan segera memori pahit saingan Liga Juara-Juara dan kembali fokus baki saingan EPL.

“Pada peringkat ini kita tidak boleh membuat sebarang kesilapan. Hari ini kita hanya mendominasi 15 hingga 20 minit perlawanan. Semua itu boleh berubah seandainya kami menggunakan sepenuhnya peluang.

“(Lionel) Messi antara pemain terbaik dunia dan dia menunjukkan kemampuan sebenarnya malam ini.

” Kini kami harus bangkit seterusnya pandang ke depan bagi baki saingan liga, ” katanya.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini berada pada kedudukan keenam liga dengan 64 mata selepas 33 perlawanan.

The Red Devils perlu bersaing sengit dengan Chelsea (66 mata, 34 perlawanan) dan Arsenal (66 mata, 33 perlawanan).

Untuk rekod kempen kelab gergasi Inggeris itu di Piala FA, Piala Liga Inggeris dan Liga Inggeris sudah pun berakhir sebelum ini.

Manchester United kena move on Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts