EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#Manado Mayat Melambai Sewaktu Dikebumikan Cetus Misteri

0 month ago, 18-May-2020

Baru-baru ini tular di media sosial satu klip video memperlihatkan seolah jenazah sedang melambai sewaktu sedang berlangsungnya upacara pengemumian.

Memetik laporan Mirror, kejadian itu dilaporkan berlaku di Indonesia iaitu di daerah Manado, Sulawesi Utara pada selasa, 5 Mei lalu.

Menerusi video tersebut, kejadian aneh itu terjadi sewaktu jenazah yang berada di dalam keranda sedang di bawa masuk ke dalam liang lahad.

Jururakam yang pada mulanya merakamkan keadaan sekeliling termasuk keluarga jenazah yang sedang meratapi pemergiannya bagaimanapun seolah mengesan terdapat pergerakan di sebalik tingkap kaca yang terdapat di keranda tersebut.







Pandangan kamera kemudian dialihkan dan memberi fokus kepada tingkap kaca tersebut sebelum dia berjaya merakam suatu pergerakan yang kelihatan seperti bentuk tangan yang sedang bergerak dan melambai-lambai.


Rakaman mengejutkan ini terjadi di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, pada 5 Mei, tulis Mirror dalam laporannya.

Semasa pengebumian, paderi yang sedang mengetuai upacara itu berkata, Tuhan telah mengatakan dalam kitab Yohanes. Akulah kebangkitan dan kehidupan. Sesiapa yang mempercayai akan hidup walaupun dia sudah mati, dari laporan Daily Mail.

Klip yang tular ini kemudiannya telah mencetuskan perdebatan hebat di media sosial di sana. Sesetengah netizen beranggapan itu hanyalah disebabkan kesan kamera. Ada juga yang merasakan mayat itu masih hidup can buba memberitahu orang ramai disitu. Tidak kurang juga yang menyatakan mungkin terdapat binatang seperti tikus didalamnya.

SOURCE: MIRROR


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...