EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mampukah Pertahanan Tempang Liverpool Menahan Serangan Leicester?

0 month ago, 20-Nov-2020

Pertembungan Liverpool dengan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad ini pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik di mana kedua-dua pasukan sedang bersaing rapat untuk berada di tangga teratas liga.

Namun ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan kerana Leicester merupakan pasukan yang mempunyai rekod jaringan yang baik dan mereka akan menghadapi Liverpool kini yang sedang berhadapan dengan krisis kecederaan yang serius di bahagian pertahanan.

Maka tumpuan kini terarah kepada strategi Jurgen Klopp yang mungkin sudah pun mempunyai perancangan untuk menutup segala kelompongan yang ada dalam pasukannya.

Leicester telah pun membuktikan bahawa kerakusan mereka mampu dijelmakan tanpa mengenal lawan selepas mereka dengan mudah meratah Manchester City 5-2 sekalipun beraksi di gelanggang lawan pada September lalu.

Leicester City have won 29 Premier League games since Brendan Rodgers was appointed manager, only Man City [38] and Liverpool [46] have won more in that period. Jamie Vardy is the top scorer in the Premier League in that period with 40 goals.

Doing an excellent job. ???????????? pic.twitter.com/bKVfxCwSsg

Statman Dave (@StatmanDave) November 12, 2020

Dalam perlawnaan tersebut, City juga menghadapi krisis di bahagian pertahanan di mana mereka kehilangan Aymeric Laporte yang dijangkiti COVID-19. Percaturan Pep Guardiola meletakkan pemain kurang berpengalaman Eric Garcia yang bersama Nathan Ake akhirnya telah memakan diri.

Brendan Rodgers hampir pasti akan mengekalkan barisan serangannya yang diketuai Jamie Vardy sebagai penyerang utama sambil dibantu oleh Harvey Barnes, Dennis Praet dan James Maddison.

Di bangku simpanan, mereka juga mempunyai dua penyerang berkualiti iaitu Kalechi Ineanacho dan pemain baharu yang dibeli dari AS Roma, Cengiz Under.

Manakala Liverpool pula sudah pun kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan utama mereka iaitu Virgil van Dijk dan Joe Gomez kerana kecederaan lutut yang serius. Trent Alexander-Arnold pula masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Kepten pasukan Jordan Henderson juga telah mengalami kecederaan ketika tugasan antarbangsa selain penyerang utama Mohamed Salah telah sah akan diketepikan kerana masih positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan susulan.

Liverpool vs Leicester City this weekend ????

???? @90min_Football pic.twitter.com/ozW04DW2nx

Football Center (@FDLM30) November 16, 2020

Namun Klopp boleh menarik nafas lega selepas beberapa pemain seperti Andy Robertson, Thiago dan Fabinho telah disahkan kembali cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan pada hujung minggu ini.

Sebagai rekod, Liverpool telah dibolosi sebanyak 16 kali pada musim ini, ianya adalah rekod bolos kedua terburuk di EPL selepas Leeds United dan West Bromwich yang mencatat 17 bolos.

Jadi persoalannya, mampukah Liverpool menahan asakan barisan serangan Leicester pada Ahad ini?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...