EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Malaysia wajib lindungi Dr Zakir Naik

0 month ago, 15-Aug-2019

BANGI Kerajaan Malaysia digesa memberi perlindungan dan memastikan keselamatan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik terjamin.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ustaz Haji Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, perkara itu wajib bagi umat Islam kerana Dr Zakir hanya berdakwah menegakkan syiar Islam serta tidak mengancam keselamatan negara.

Pada masa sama, saya juga menyeru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agar tidak tunduk terhadap tekanan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan pihak berkepentingan supaya Dr Zakir diserahkan kepada kerajaan India, katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Ustaz Abdullah berkata, kepulangan Dr Zakir ke tanah airnya akan membuka peluang kepada golongan anti-Islam untuk mengenakan tindakan yang juga mengancam keselamatannya.

Selasa lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, masalah yang dihadapi kerajaan ialah Dr Zakir tidak boleh dihantar semula ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.

Bagaimanapun, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Dr Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu.

Bagaimanapun, beberapa menteri Kabinet seperti Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengusir Dr Zakir.

Gesaan itu atas dakwaan pendakwah antarabangsa dari India itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik di sini.

Bagaimanapun, Dr Zakir semalam mendakwa ceramahnya di Kelantan disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengkritik itu memetik kenyataannya di luar konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat. Ismaweb

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com