EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hari ke-100 PKP, Malaysia tersenarai 47 negara Winning Country lawan Covid-19

0 month ago, 25-Jun-2020

Tidak dapat dinafikan, masuk hari ke-100 perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sejak 18 Mac yang lalu, Malaysia masih komited dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Menerusi perkongsian di status Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengucapkan ucapan penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama mengamalkan kebiasaan baru untuk mencegah pandemik Covid-19.

Difahamkan, menurut satu kenyataan media yang dibuat YB Menteri Kesihatan, Dato Sri Dr Adham Baba dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 pagi tadi, pada hari ke-100 tempoh PKP.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesakit Covid19.

TERIMA KASIHTerima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA onThursday, June 25, 2020

Difahamkan, pada 25 Jun 2020, selepas 100 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-70 dunia, berbanding pada tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi, dengan penurunan sebanyak 52 anak tangga.

Malaysia telah tersenarai sebagai salah sebuah negara winning country beating covid-19 bersama sama Australia, New Zealand, Ireland, Thailand (47 negara ).

Kegiatan ekonomi telah dimulakan, aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan, para pelajar telah kembali ke sekolah dan rumah ibadat juga telah dibuka.

Sementara itu, negara Indonesia, Filipina, Singapura, India, saudi, US, UK (69 negara) masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian.

Hargai kejayaan ini. Jaga jarak sosial. Jangan sia-siakan usaha frontliners. Terima kasih juga pada pertahanan negara yang mengawal sempadan dari dibolosi pendatang.

: KKM & Public Health Malaysia


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...