EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Malaysia Di Tangga Ke-16 Negara Paling Aman Di Dunia

0 month ago, 14-Jan-2020

Nampaknya akan lebih ramai pelancong datang ke negara kita apabila laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019 menyaksikan Malaysia berada di tangga ke 16 sebagai negara paling aman di dunia.

Malah, Malaysia menduduki negara ketiga paling aman di Asia selepas Jepun dan Singapura.

BACA: Cuaca Panas Kering Landa Malaysia Hingga Mac, Semua Dinasihat Jimat Air

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata Malaysia kini berada di kedudukan yang terbaik dan boleh dibanggakan berbanding tangga ke-26 pada 2018.

Tambahnya lagi, laporan GPI ini adalah penting kerana ia akan menarik perhatian terutama pelabur dan pelancong asing untuk datang.

Meskipun negara kita berada dalam keadaan baik namun Mohamad Sabu berkata kementeriannya sentiasa komited mempertingkatkan keselamatan di Sabah dan Sarawak bagi mengekang ancaman anasir dari luar termasuk penculikan yang kerap berlaku.

Untuk pengetahuan anda, keselamatan di Sabah dan Sarawak kini dikawal oleh tiga operasi berbeza dari badan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?


SUMBER : vitdaily.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...