EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

VTL-Land Malaysia-Singapura: Laluan Perjalanan Darat Lengkap Vaksin

0 month ago, 26-Nov-2021

Selaras dengan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, orang ramai kini boleh melakukan perjalanan rentas negara daripada Malaysia ke Singapura dan Singapura ke Malaysia melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Darat (VTL-Land).

Sebelum ini, kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk membuka sempadan negara melalui jalan udara menerusi VTL-Air.

Tujuan utama laluan ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Singapura yang terpisah dengan keluarga akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu semula dengan orang tersayang.

Pelaksanaan VTL-Land akan berkuatkuasa pada 29 November 2021 dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Mengenai VTL-Land

Inisiatif VTL-Land dilaksanakan bagi melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.

Pada peringkat awal, VTL-Land di antara Malaysia dan Singapura yang bermula 29 November ini akan dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja.

Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan ke Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia manakala di Singapura pula adalah di Terminal Queen Street (QST).

Kuota harian pengembara yang akan melintasi sempadan bagi kedua-dua negara adalah tidak melebihi 1,500 orang pada peringkat permulaan dan kouta ini akan ditingkatkan dari minggu ke minggu.

Syarat Pengembara

Syarat pengembara yang ingin menggunakan perkhidmatan VTL-Land adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan Singapura.
  2. Penduduk tetap Malaysia dan Singapura.
  3. Pemegang pas jangka masa panjang Malaysia dan Singapura.
  4. Pengembara dewasa perlulah lengkap divaksinasi.
  5. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Proses Perjalanan

Pengembara yang ingin melakukan perjalanan menerusi VTL-Land perlu mematuhi 10 proses perjalanan yang ditetapkan iaitu:

  1. Sediakan sofcopy Sijil Vaksinasi Digital dan Pas Perjalanan Vaksinasi.
  2. Untuk pendaftaran masuk ke Malaysia, sila daftar di laman web https://mysafetravel.gov.my dan untuk pendaftaran masuk ke Singapura, sila layari laman web https://go.gov.sg/vtl-portal.
  3. Cetak Sijil Vaksinasi beserta Kod QR, Pas Perjalanan Vaksinasi, insurans perjalanan, dan dokumen relevan yang lain.
  4. Beli tiket bas melalui laman web https://www.causewaylink.com.my atau https://www.transtar.travel.
  5. Buat ujian RTK/ART atau ujian PCR dua hari sebelum bertolak.
  6. Pada hari perlepasan, pastikan sampai dua jam sebelum bertolak.
  7. Pastikan semua dokumen yang diperlukan dibawa sebelum bertolak.
  8. Untuk pengembara Malaysia, sila serahkan SG Arrival Card (SGAC) manakala untuk pengembara Singapura, sila serahkan Healt Declaration Card (eHDC) dan muat naik kod QR sijil vaksinasi semasa penyerahan.
  9. Bagi pengembara yang tiba di Stesen Bas Larkin, sila terus ke Pusat Pemeriksaan Ketibaan dan kemukakan semua dokumentasi kepada pihak imigresen.
  10. Semak status pengembara di aplikasi MySejahtera atau aplikasi Singapore Trace Together.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai VTL-Land, sila layari laman web https://www.miti.gov.my atau https://safetravel.ica.gov.sg.

VTL-Land Malaysia-Singapura: Laluan Perjalanan Darat Lengkap Vaksin SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...