EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Apa guna Hari Malaysia? Abu mayat Chin Peng sudah 2 bulan dibawa balik

0 month ago, 26-Nov-2019

Selepas enam tahun kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, abu mayatnya telah dibawa balik ke Malaysia pada 16 September yang lepas.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang dilahirkan di Sitiawan, Perak telah hidup secara buangan di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai pada tahun 1989.

Pemimpin Komunis itu telah disahkan meninggal dunia pada tahun 2013 ketika berusia 90 tahun akibat sakit tua.

Sebelum ini, merujuk kepada sumber Astro Awani, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pernah memberitahu bahawa abu mayat Chin Peng tidak akan dibawa pulang ekoran daripada kekejaman yang pernah dilakukan sebelum ini.

Namun, sejak dua bulan lepas, sebahagian abu mayatnya telah dibawa pulang dan ditabur di kawasan laut Lumut, Perak dan juga sekitar banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau pun jirat.

Proses membawa balik abu mayat Chin Peng ini telah dilakukan oleh satu pengurusan yang mengatur segala urusan termasuklah mengadakan satu hari memperingati Pemimpin PKM itu yang dhadiri kira-kira 150 orang.

Sehubungan dengan perkara tersebut, menerusi sumber Astro Awani di Facebooknya, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas.

Sebahagian besar mengatakan rasa tidak setuju mereka keatas kebenaran membawa pulang abu mayat Chin Peng. Hal ini ekoran daripada sejarah yang pernah tertulis mengenai kekacauan yang telah dilakukan oleh parti tersebut hingga mengakibatkan ramai pasukan keselamatan terkorban.

: Astro Awani

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...