EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027

0 month ago, 12-May-2022

Malaysia dipilih sebagai tuan rumah edisi ke-34 temasya Sukan Sea 2027 menerusi mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) di Hanoi pada Khamis.

Menurut Olimpik Malaysia menerusi Twitter, pihaknya teruja untuk menerima atlet dari seluruh Asia Tenggara pada temasya tersebut.

We are delighted to be awarded Host of the 34th SEA Games in 2027 by the SEA Games Federation Council. Looking forward to welcoming all the athletes and officials from Southeast-Asia.

Olympic Malaysia (@olympicmas) May 12, 2022

Sebelum ini, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, SEAGF telah menghubungi MOM bagi mengemukakan tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 susulan pengunduran Brunei.

Jelasnya, melihat kepada fasiliti di Malaysia ketika ini, kos bagi menganjurkan temasya tersebut dijangka tidak terlalu tinggi.

Kali terakhir Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA ialah pada 2017 di mana kontinjen negara dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 145 pingat emas.



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...