www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Malaysia dapatkan kepakaran Jepun labur dalam industri kecergasan buatan

0 month ago, 07-Nov-2018



TOKYO - Malaysia akan mendapatkan bantuan dari Jepun untuk melabur dalam industri kecergasan buatan yang diyakini mampu membawa teknologi di Malaysia ke tahap lebih maju, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Masayoshi Son, pengasas Soft Bank, yang mempunyai kepakaran membuat pelaburan dalam bidang berkenaan.


Loading...
"Asalnya kita berminat untuk melantik beliau menjadi salah seorang pengarah dalam Khazanah Nasional, tetapi dia cakap sebagai penasihat tak berkesan sebab dia lebih cekap dalam bidang pelaburan.

"Dia beri jalan untuk buat pelaburan melalui organisasinya. Dulu dia buat pelaburan dari sini (Jepun) sahaja tetapi sekarang buat pelaburan kepada negara-negara Arab. Beliau hanya tumpu pelaburan dalam kecergasan buatan dan bersedia membantu dalam menangani masalah kewangan kita," katanya.

Mahathir berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini Rabu, hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke Jepun.

Perdana Menteri menyifatkan lawatan tiga hari sejak Isnin itu sebagai amat berjaya kerana sewaktu pertemuan dengan ahli perniagaan Jepun, beliau menerima banyak soalan berkaitan pembangunan Malaysia.

"Mereka amat mesra dan masing-masing menyatakan hasrat untuk membantu pemulihan Malaysia. Saya yakin ini bukanlah cakap-cakap manis sahaja. Mereka juga menunjukkan pemahaman mengenai masalah dihadapi oleh negara," katanya.

Pada hari kedua lawatan Mahathir pada Selasa, beliau menyampaikan ucaptama dan mengadakan sesi dialog pada Persidangan Bersama ke-36 Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) -Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) serta program Forum Perniagaan Malaysia yang membabitkan lebih 500 peserta. - Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts