EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Malaysia catat peningkatan kes COVID-19 tertinggi pada 23 Mac, seramai 212 individu didapati positif

0 month ago, 24-Mar-2020

Sebanyak 212 kes jangkitan COVID-19 baharu dicatatkan pada hari ini (23 Mac), menjadikan ianya jumlah peningkatan kes tertinggi dalam tempoh sehari di Malaysia sejak 15 Mac lalu yang mencatatkan kes sebanyak 190.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan menurutnya, jumlah tersebut menjadikan angka keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes.

Ringkasan #COVID?19 di Malaysia setakat 23 Mac 2020. pic.twitter.com/reM7emcwVR

KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 23, 2020

@KKMPutrajaya/Twitter

Tambahnya, daripada jumlah 212 kes tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa 123 kes daripadanya adalah berkaitan dengan kluster tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Sementara 57 kes lagi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara, dengan 27 daripadanya dilaporkan menggunakan mesin bantuan pernafasan, ventilator.

Setakat 23 Mac 2020, sebanyak 14 kematian akibat #COVID?19 dicatatkan di Malaysia. @DrAdhamBaba @DGHisham pic.twitter.com/WsKxXxTWz8

KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 23, 2020

KKMPutrajaya/Twitter

Manakala terdapat 3 kematian, di mana kes kematian ke-12 ini melibatkan seorang lelaki berumur 70 tahun warganegara Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang sebelum disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020 (hari ini).

Kes kematian ke-13 pula merupakan lelaki warganegara Malaysia yang berusia 49 tahun, yang merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Seterusnya, kes ke-14 melibatkan wanita berusia 51 tahun warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu bahawa pihaknya akan menjalankan ujian saringan kepada kesemua peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh walaupun tiada simptom.

Perhimpunan tabligh tersebut dihadiri lebih daripada 14,500 peserta. Dengan jumlah kes yang diumumkan tadi, sebanyak 900 kes COVID-19 adalah melibatkan jemaah tabligh menjadikannya 62% daripada jumlah kes di negara ini.

Malaysia catat peningkatan kes COVID-19 tertinggi pada 23 Mac, seramai 212 individu didapati positif Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...