EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Malaya Garden - Kafe Tema Malaysia, Tarikan Baru Chinatown

0 month ago, 08-Apr-2021

Tarikan terbaru Chinatown, Kuala Lumpur yang juga sesuai dijadikan spot baru untuk korang yang sentiasa mencari lokasi untuk snap OOTD. Kafe yang bertemakan Malaysia ini dipenuhi dengan rekaan dalaman yang ceria dan playful. Dihiasi dengan hiasan potrait flora dan fauna seperti tapir, harimau, gajah, dan burung kenyalang. Kafe yang sesuai untuk mencuci mata bagi penggemar seni moden. 

Menu Big Breakfast (RM26) di Malaya Garden adalah antara menu yang menjadi kegemaran dan yang disarankan, diberikan sentuhan lokal yang merangkupi otak-otak ayam yang lembut dan isi daging di dalam kuah percik. 

Selain itu, korang kena cuba dorang punya Kopi Tiramisu Affogato (RM16) yang sangat berkrim, pahit-pahit manis, dan dibrikan sentuhan lokal kerana aiskrim yang disediakan adalah aiskrim berperisa teh terik. Kalau korang perlukan kopi untuk melengkapkan hari korang, korang kena try Kopi Susu Medium Roast, RM5 je!

  • Malaya Garden
  • 1A, Jalan Balai Polis, Off Petaling Street, 50000 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: 08:30a.m. - 04:30p.m. 
  • Tel: 017-539-8886

: Eat Drink KL



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...