EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Malas nak kecoh: Mbappe

0 month ago, 09-Jan-2020

JUARA Piala Dunia dari Perancis Kylian Mbappe enggan melayan soalan mengenai masa depannya di Paris Saint-Germain hari ini apabila dia berkata ini bukan masanya untuk membuat kecoh mengenai perbincangan kontrak.

Penyerang berusia 21 tahun itu yang sekian lama dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid berkata mindanya kini hanya mahu membantu PSG mempertahankan gelaran Ligue 1 dan mengejar gelaran Liga Juara-Juara.

Buat masa ini, saya sedia bermain bola sepak, kata Mbappe selepas menjaringkan gol ketika menang besar 6-1 ke atas St Etienne pada suku akhir Piala Liga Perancis.

Sekarang Januari, permulaan pecutan akhir di mana perlu merebut kejuaraan. Jadi ini bukan masanya untuk membuat kecoh.

Kontrak Mbappe di PSG dikatakan berakhir pada 2022.

Dibawa masuk pada musim panas 2017 dengan bayaran 180 juta euro (RM818.5 juta) dari Monaco, Mbappe kini dikatakan bernilai 265 juta euro (RM1.2 bilion), menurut Pusay Kajian Sukan Antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland.

Kelab ini tenang, semua ini menuju ke arah yang sama jadi bercakap mengenai perkara yang di luar padang bukan sesuatu yang realistik dan tidak bermanfaat buat pasukan, kata Mbappe yang meledak 19 gol musim ini.

Saya pemain bola sepak, bukan akauntan. Saya bermain, jalankan tugas. Saya cuba membantu pasukan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...