EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Maksimumkan Fungsi Masjid

5 month ago, 11-Jan-2020

Oleh : Mohd Asyraf

DUNGUN Majlis agama Islam dinegeri masing-masing diseru agar dapat memaksimumkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat aktiviti umat Islam.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Sura, Cikgu Hj Wan Hapandi Wan Nik berhasrat menjadikan pusat ibadat itu sebagai One Stop Center merangkumi pelbagai bidang.

Kita tidak mahu masjid dijadikan tempat beribadah semata-mata tetapi mahu ia menjadi pusat komuniti merangkumi pelbagai aspek termasuk perkara membabitkan ekonomi yang menjadi tuntutan umat Islam.

Apa guna masjid besar tetapi tiada aktiviti dijalankan bagi mengimbangi masyarakat setempat, katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 pada semalam.

Tambah Cikgu Wan Hapandi lagi, masjid boleh berperanan memberikan bantuan segera bagi mengelakkan karenah birokrasi pentadbiran kerajaan seperti di sesetengah negeri lain dalam mendapatkan bantuan.

Islam telah menyediakan sistem pemusatan komuniti yang sangat menarik menerusi institusi masjid dan surau, ujar beliau yang juga ADUN Sura.

Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 yang berlangsung di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah Dungun berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti.

Karnival ini adalah anjuran Syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah.

Turut disediakan air zam zam secara percuma kepada semua pengunjung.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...