EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#MakeupExpert Wajib Follow Di Instagram

0 month ago, 26-Mar-2020

Membelek akuan isntagram sepanjang perintah kawalan ini buat kami jadi addicted, dan kami percaya anda juga! Baru-baru ini EH! terlintas akan beberapa akaun jurusolek yang punya feed posting yang menarik dan kami rasa kami perlu kongsikannya kepada anda.

Kami pasti ramai dikalangan kita yang tertekan akibat lanjutan perintah kawalan yang dilanjutkan sehingga 14 April bulan depan, kami di EH! juga turut rasa keresahannya, oleh itu kami mahu lapangkan minda anda seketika dengan terokai enam akaun jurusolek yang cukup berbakat ini!

Setiap memiliki stail dan identiti tersendiri, meneliti gambar yang dimuat naik membuatkan kami tidak berhenti untuk terus meluncur ke atas. Kesemua akaun ini datang dari negara yang berbeza dan kami lihat mereka hanya khusus pada solekan utama iaitu bibir dan mata. Ada yang tampil dengan pilihan warna abstrak, lukisan comel dan ada juga dalam tema boho, EH! mahu ketengahkan kesemuanya untuk anda.Klik sahaja IG handle mereka untuk menerokai kreativiti mereka lebih lanjut.

Gadis yang berasal dari Norway ini punya freckle yang memberi solekan nampak lebih natural! Dia juga tidak mahu menyamarkan kondisi kulit dia malah embrace it gracefully. Penggunaan bunga kering seperti baby breath dan bunga kecil kering lain sudah jadi salah satu item hiasan utama yang sering digunakan dalam mendapatkan solekan mata yang sempurna. Inspirasi boho yang diketengahkan disempurnakan dengan pilihan warna pestle dan juga terang, ada yang tampak edgy dan ada juga yang glamor!

More is more! Gadis dari England ini punya bakat solekan yang cukup menakjubkan, cara dia mengoles solekan mata tampil berbeza dan kreatif dengan penggunaan pelbagai tekstur dan warna. Meluncur akaun miliknya kita boleh lihat hampir kesemua solekan mata yang diketengahkan tampak bold dan menyerlah biarpun dengan apa sahaja kemasan. Video detail solekan yang dirakamkan di dalam akaunnya juga cukup mesmerising, anda perlu tonton sekarang!

Wajah umpama canvas lukisan baginya. Solekan yang diterjemahkan tampil artsy dengan mainan warna juga lukisan yang membentuk solekan yang abstrak. Gadis yang berasal dari Pittsburg ini mahu kecapi solekan yang lebih bersahaja, minimal tetapi tetap tampak impactful. Teknik yang diamalkan juga unik, bebas membiarkan berus disapu pada bahagian wajah dan hasilnya cukup menakjubkan! Mungkin anda juga boleh mencuba di rumah.

EH! percaya ramai sudah pernah berkunjung ke akaunnya Instagram ini. Gambar solekan bibir yang dimuat naik juga penah menjadi tular dan sering dikongsikan di sosial media. Dia yang sering tampil dalam kemasan glossy pada solekan bahagian mata dan bibir sentiasa ingin berekperimen dengan warna dan kemasan yang berbeza-beza. Antara yang menjadi kegemaran kami di EH! adalah calitan bibir ombre yang disempurnakan bersama efek glos! Bibir yang tampil lebih mungil dan seksi!

We salute her creativity! Dia yang sering menyampaikan mesej melalui solekan tampil dengan elemen dan tema solekan yang tersendiri. Pernah muncul dalam artikel web Nylon Magazine, gadis yang berpegang pada #uglymakeuprevolution mahu ketengahkan keunikannya dengan bermain bersama elemen unik untuk ekspres dirinya semasa bersolek. Antara yang menarik perhatian kami adalah solekan bermesej Should I go outside, NO yang ditulis menggunakan eyeliner pada bibir.

Playful, young and creative! Lukisan kartun dan emoji yang sering digunakan dalam solekan mata merupakan karakter solekan yang sudah jadi kepakarannya. Kita sendiri tahu bahawa mendapatkan lukisan pada kelopak mata bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dia berjaya menghasilkannya bersama adunan warna (blending) yang kemas dan semestinyaflawless!Jika anda pergi ke akaun Instagram miliknya jangan lupa menjenguk hasil solekan mata bertemakan Billie Eilish X Gucci yang digayakan pada red carpet anugerah Grammy tahun ini.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...