EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Makcik Petir dalam kenangan, pelakon Noryati Taib meninggal dunia

0 month ago, 07-Apr-2021

Pelakon Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan Makcik Petir menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi tadi. Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui posting di Facebook (FB) 6 jam lalu.

Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi.
Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, katanya dalam posting tersebut.

Anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut memaklumkan pemergian pelakon itu melalui posting di Instagram.

Terdahulu, BH Online melaporkan, Allahyarham disahkan positif COVID-19, pada 3 Februari 2021. Perkara itu dimaklumkan Shahrulezad menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

: BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin), Gempak (Zulaikha Yusof)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...