EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Makanan paling teruk Netizen Malaysia panas hati, wartawan mat salleh hina nasi lemak!

0 month ago, 16-Jan-2020

Di Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan, tetapi antara makanan paling favourite sepanjang zaman adalah, nasi lemak.

Baru-baru ini, nasi lemak menjadi trending di Twitter, gara-gara satu tweet berbaur kritikan terhadap makanan kegemaran rakyat Malaysia itu, yang dibuat oleh seorang wanita mat salleh.

Difahamkan, wanita tersebut adalah seorang wartawan dari United Kingdom, Katie Morley. Ketika dalam penerbangan menaiki British Airways, selama 13 jam, dia telah dihidangkan dengan nasi lemak.

In the name of public interest, am sharing this wickedly bad meal British Airways treated me to during a 13hr flight. Behold: chicken curry served with anaemic boiled egg, topped with smelly, slimy anchovies. ANCHOVIES. I quite like plane food usually, and this was a 0/10 ???? pic.twitter.com/ZmgbGa6znV

Katie Morley (@KatieMorley_) January 15, 2020

Mungkin pertama kali tengok nasi lemak, wartawan mat salleh itu telah mengkritik makanan tersebut yang dirasakan sebagai makan paling teruk, siap bagi rating 0/10.

Panas hati dengan kenyataan wartawan mat salleh itu, rata-rata netizen yang majoritinya rakyat Malaysia membidas kenyataannya, dan menyifatkan dia sebagai individu yang gagal memahami makanan tradisi negara lain.

Setiap negara memiliki makanan tradisi nenek moyang mereka, bukan mahu memaksa orang luar suka dengan makanan kita, jika tidak suka janganlah sampai menghina.

: Katie Morley


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...