EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Makanan jenis apakah ini? Hendak termuntah dibuatnya! reaksi ikhlas kucing ini yang pertama kali menghidu bau krim masam raih puluhan ribu tontonan. Memang lucu betul!

0 month ago, 22-Nov-2020

Kucing dengan telatah mereka yang sangat menghiburkan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Apatah lagi jika kucing itu diperkenalkan dengan sesuatu jenis makanan baharu yang tidak pernah ditemui dalam kehidupannya selama ini.

Reaksi spontan yang lucu oleh seekor kucing berwarna putih yang diberikan krim masam (sour cream) ini sememangnya tidak dibuat-buat dan benar-benar tulus ikhlas dari kucing ini.

ViralHog/YouTube

Menerusi video yang dikongsikan, kucing berkenaan yang dikenali sebagai Belyash dari Moscow itu didapati pada mulanya sedang bersantai di atas selimut yang empuk sebelum pemiliknya tiba-tiba menyuakan sebekas krim masam kepadanya.

Pada mulanya, reaksi Belyash kelihatan seperti tidak sabar untuk mengetahui tentang makanan yang mungkin akan dinikmati olehnya itu. Bagaimanapun, sebaik sahaja Belyash menghidu bau krim masam yang diberikan, Belyash serta-merta memberikan reaksi yang paling lucu dan telah membuatkan pemiliknya tidak dapat menahan ketawa melihat wajah Belyash.

ViralHog/YouTube

Dengan mata yang tersembul dan lidah yang terjulur, Belyash seolah-olah menunjukkan reaksi seperti mahu termuntah apabila menghidu bau krim masam itu. Memang lucu betul!

ViralHog/YouTube

Walaupun video ini hanya berdurasi 6 saat sahaja, tetapi nampaknya Belyash telah berjaya menghiburkan hati puluhan ribu penonton. Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik pada 17 November oleh saluran ViralHog di laman YouTube ini telahpun meraih sehingga 48,431 tontonan, 229 sukaan dan 18 komen.

Kuat drama nampaknya Belyash yang comel ini!

Maybe you're interested :



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...