EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Anak Bini Kami Pun Nak Makan- Penjaga Gol Kebangsaan, Kini Jadi Buru4n Pihak Bank

0 month ago, 13-Jan-2022

Majoritianggota skuad Melaka Unitedmusim lalu kinimenjadi bvruan bankselepas hampirtiga bulan tidak menerima sebarang gajisejak Oktober tahun lalu.

Mungkin ia agak mengejutkan, namun itulah senario sebenar dalam kem Melaka United ketika ini apabilaramai pemain skuadyang mara hingga ke separuh akhirPiala Malaysiamusim lalu itu

diburu pihak bankekorankegagalan menjelaskan komitmen bulanan.

Antara mangsapenjaga gol kebangsaan,Khairul Fahmi Che Matapabila perbualannya di laman sosial menjadi viral dengan beliau mengakuidiburu pihak bankselepastidak dibayar

gaji sejak beberapa bulan lalu.

Ini pun sampai tiga bulan kita orang diam tau. Sebab nak jaga kanteam. Tapi dah lama sangat kita orang pun tension bank dok call hari-hari, anak bini nak makan, tulisnya.

Situasi sama turut dikongsikan seorang lagi pemain Melaka United yang enggan dikenali kepada Arena Metro apabila mengesahkan situasi berkenaan.

Katanya,pengurusan kelab berjanji menyelesaikan tunggakan gajipada awalDisember lalu,namun sehingga kinijanji tinggal janji.

Pengurusan kelab kata nak bayar pada awal Disember. Kami tunggu, tapi habuk pun tak ada. Lepas itu mereka janji lagi, kata nak masuk pertengahan bulan lepas, pun sama tak ada juga.

Sehinggalah tahun baru dah masuk ini, sama juga gaji kami tetap tak masuk. Kami dah tak boleh sabar, kesian dekat keluarga kami yang perlu diberikan makan dan minum.

Itu belum lagi kirabayaran komitmen rumah dan keretasekarang inibank asyikcalltanya bila nak bayar. Kami harap sangat pihak kelab segeraselesaikan tunggakankerana kami

perlukan gaji kami, kata pemain itu.

Untuk rekod,skuad Hang Tuahyangdibimbing Zainal Abidin Hassanmengharungi kempen Liga Malaysia dengan cukup baik sepanjang musim lalu.

Kemuncaknya dalamsaingan Piala MalaysiaapabilaMelaka Unitedberjaya mara hingga keseparuh akhir Piala Malaysiapada Oktober lalu yang menyaksikan pasukan itu berjuang hingga ke

penentuan sepakan penalti sebelum tewas 3-5 di tangan Kuala Lumpur City FC.

BERHUBUNG ISU TUNGGAKAN GAJI PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC MUSIM 2021, KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC KINI SEDANG DALAM PROSES AKHIR PENSTRUKTURAN SEMULA DARI SEGI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.

PIHAK PENGURUSAN KELAB MEMBERI JAMINAN UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA TUNGGAKAN DALAM MASA TERDEKAT BAGI MEMASTIKAN PERANCANGAN MELAKA UNITED FC BAGI TAHUN 2022 BERJALAN LANCAR.

PIHAK PENGURUSAN MENGHARGAI KESABARAN DAN KERJASAMA DARIPADA PARA PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC.

SOKONGAN DARIPADA SEMUA PIHAK KHUSUSNYA PARA PENYOKONG AMAT KAMI HARGAI DAN SEMOGA 2022 MENJADI TAHUN YANG GEMILANG BUAT MELAKA UNITED FC.

PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

: IG melakautdfc_offic



SUMBER : printlyrics.net



Live Website Traffic


loading...