EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Beri makan kuning telur kalau tak mahu bulu kucing anda terus gugur

37 month ago, 11-Oct-2017

Bagi mereka yang pernah membela kucing sebagai binatang peliharan di rumah, pastinya pemandangan bulu kucing yang keguguran di serata rumah sudah menjadi suatu perkara yang biasa. Bulu kucing yang bersepah ini kemudiannya bakal membuatkan hidung mereka yang sensitif berasa tidak selesa.

Meskipun terdapat syampu khas untuk merawati keguguran ini di jual di mana-manapet shop,akan tetapi harganya yang mahal mungkin membuatkan ramai pemilik haiwan yang comel ini terpaksa melupakan hajat mereka.

Tetapi siapa yang sangka terdapat petua orang-orang lama yang jauh lebih murah dan menjimatkan untuk dipraktiskan oleh kita semua.

Tidaklah sesusah mana, hanya berikan kucing anda makan kuning telur ayam sekali seminggu dan untuk hasil yang lebih memberangsangkan, lakukannya untuk tempoh sekurang-kurangnya sekali sebulan, lagi kerap lagi bagus.

Memandangkan kuning telur bukanlah diet semulajadi si comel ini, jadi mulakan dari seawal usia tiga bulan lagi kerana semakin lambat anda mulakan, semakin sukar untuk dipraktiskan.

Bagi memudahan rawatan, cuba campurkan kuning telur ini pada makanannya dan berikan sewaktu kucing anda sedang lapar. InshaAllah berkesan.

: Bapa Kucing


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...