www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Makan duit haram, tipu kerajaan Australia punca mengapa pengutip buah di Australia dibenci pelancong Malaysia

0 month ago, 10-Nov-2018


Ekonomi di Malaysia yang tenat ini membuatkan rakyat sendiri berhijrah ke negara luar bagi mencari peluang rezeki yang lebih baik. Yelah, di Malaysia gaji tidak berpatutan dengan kerja yang dilakukan. Gaji yang kecil tapi kos sara hidup yang tinggi memang membuatkan orang tidak tahan hidup di sini.

Namun begitu, bila rakyat sendiri dah jadi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara lain, itu sudah jadi masalah lain. Itulah luahan hari seorang pengguna Twitter yang bernama Faiz. Faiz berang dengan rakyat Malaysia yang datang ke Australia bekerja mengutip buah dengan cara yang haram.

Menurut Faiz, ramai rakyat Malaysia ni datang menggunakan visa pelancong dan terus bekerja di sana. Sepatutnya kalau betul nak bekerja di Australia, ada prosedur yang betul. Tapi bila menggunakan visa pelancong, itu dah dikira sebagai menipu. Malah menyusahkan mereka yang memang memerlukan visa.

Tapi apa yang menyedihkan ramai juga yang bersetuju menjadi PATI di negara orang. Bukan main marah lagi bangla datang Malaysia, tapi sendiri buat tak apa pula? Tengoklah dibawah tak habis-habis guna alasan tak nak tolong melayu.

Amboi-amboi. Suka hati je cakap ya, tak fikir dulu ke sebelum menaip? Macam mana pula dengan mereka yang memang perlu masuk ke Australia atas urusan yang rasmi seperti belajar atau nak melancong?

Ada yang sampai tiket penerbanganburnmacam tu sahaja kerana visa tak lepas, sebab apa? Sebab kerajaan sana dah tak percaya bila ramai sangat PATI di negara mereka. Nak gaji besar, tapi sampai menganiaya orang lain. Cuba fikir betul-betul.

Nampak tak kesan akibat sikap pentingkan diri mereka yang bekerja secara haram ni? Kesian bila baca balik, jangan sebab diri nak senang kita menyusahkan orang lain ya. Silalah menggunakan prosedur yang betul dan semoga nama Malaysia semakin pulih di Australia.

: FaizAzizan


SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts