EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Dalam Tempoh PKP, Bakal Pengantin Dan Wali Wajib Jalani Ujian Saringan JAWI

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Majlis akad nikah di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini dibenarkan meskipun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kelulusan itu diberikan kepada pasangan yang telah memperolehi kebenaran berkahwin dari pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Namun, semua bakal pengantin dan wali di negeri terbabit diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19. Sekiranya keputusan saringan adalah negatif perlu dihantar kepada JAWI sebagai bukti bagi membolehkan kebenaran acara tersebut dilaksanakan.

Sementara itu, bagi pasangan lain yang telah merancang untuk mengadakan majlis akad di luar negeri perlulah menangguhkan tindakan tersebut berikutan perjalanan rentas negeri kini tidak dibenarkan.

Kehadiran individu pada majlis akad tersebut hanya dibenarkan kurang dari 10 orang sahaja termasuklah bakal pengantin, ahli keluarga, jurufoto serta jurunikah dan saksi JAWI.

JAWI mengharapkan penjelasan ini memberi kemudahan kepada semua pihak yang terlibat, untuk sebarang perincian pembaca boleh layari pada pautan rasmi www.jawi.gov.my.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...