EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mahkamah Tinggi Ada Bidang Kuasa Dengar Saman Pemula Difailkan Mohamed Tawfik

32 month ago, 22-Feb-2018

  • Print
  • Email
Details
Published on Thursday, 22 February 2018 17:24
View

Mohamed Tawfik Tun Dr IsmailMohamed Tawfik Tun Dr Ismail

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah untuk membatalkan saman yang difailkan oleh bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said memutuskan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu dan menetapkan 6 Mac bagi pengurusan kes.

Hakim juga memerintahkan kedua-dua defendan (Pandikar Amin dan Roosme) untuk memfailkan afidavit bagi menjawab afidavit plaintif (Mohamed Tawfik).

Ini bukan kes yang mudah dan nyata untuk dibatalkan. Oleh itu, permohonan ditolak, kata beliau sambil menambah mahkamah tidak mengeluarkan apa-apa perintah berhubung kos kerana ini adalah kes kepentingan awam.

Pandikar Amin dan Roosme telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh Mohamed Tawfik atas alasan saman nitu adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Permohonan defendan adalah berdasarkan Perkara 62(1) dan 63(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 62(1) menyebut bahawa setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri sementara Perkara 63(1) menyebut bahawa kesahihan apa-apa prosiding dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Mohamed Tawfik memfailkan saman pemula itu padea 31 Mac, 2017 berhubung dengan Rang Undang-Undang 355 yang dibentangkan oleh Abdul Hadi di Dewan Rakyat dan memohon pengisytiharan bahawa usul Abdul Hadi untuk untuk meminda rang undang-undang itu melanggar Perlembagaan Persekutuan serta peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Rakyat.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan itu dibuat tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Plaintif berhujah bahawa di bawah Perintah Tetap 49 dan/atau 48, Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh membenarkan Rang Undang-Undang 355 dibahaskan di Dewan Rakyat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Peguam Rosli Dahlan mewakili Mohamed Tawfik sementara peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Pandikar Amin dan Roosme.

BERNAMA


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...