EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mahkamah Thailand Tentu Nasib Yingluck Hari Ini

35 month ago, 25-Aug-2017

BANGKOK Mahkamah Tinggi Thailand hari ini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bersalah atau tidak atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Jika didapati bersalah, Yingluck, 50, berdepan hukuman penjara 10 tahun dan larangan daripada menyertai politik seumur hidup.

Bekas perdana menteri wanita pertama yang digulingkan tentera pada 2014 itu dituduh cuai dalam melaksanakan skim subsidi padi hingga menyebabkan kerugian berbilion Baht.

Polis mula berkawal sejak lewat petang semalam di pekarangan mahkamah dengan memasang halangan dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menghalang penyokong Yingluck daripada menghampiri kawasan itu.

Sementara itu, Yingluck menerusi laman media sosial Facebook miliknya, meminta penyokongnya tidak keluar dari rumah untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dilakukan oleh pihak yang cuba menggugat keamanan negara dan rakyat. AFP/BH ONLINE

Loading...


SUMBER : mynewshub.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...