EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mahkamah Benarkan Najib Tangguh Hukuman Penjara Dengan Jaminan 2 Juta

0 month ago, 28-Jul-2020


Baru je sebentar tadi Ohmedia naikkan artikel yang menyatakan Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Terkini! Pihak pembelaan telah berjaya mendapatkan kebenaran pihak Mahkamah Tinggi apabila memutuskan untuk membenarkan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan yang dilakukan diputuskan Mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberikan syarat tambahan iaitu wang jaminan ditambah RM1 juta menjadikan wang jaminan keseluruhan sebanyak RM2 juta perlu ditunaikan.

Bayaran ini perlu ditunaikan pada hari esok dengan dua orang penjamin.

Najib juga diarahkan untuk melaporkan diri ke balai polis terdekat sebanyak dua kali sebulan sehingga keputusan rayuan dikeluarkan iaitu pada 1 dan 15 hari bulan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Najib di Facebook Oh! Media.




: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...