EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mahkamah benar pelepasan passport sementara Zahid Hamidi

0 month ago, 11-Oct-2021

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pasportnya dikembalikan sementara.

Ia bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.

Permohonan dibuat pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Terdahulu, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan anak guamnya kini menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman.

Katanya, pelepasan sementara pasport itu tidak akan mengganggu tarikh perbicaraan anak guamnya yang ditetapkan pada 22 Oktober ini.

Untuk rekod Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa sebagai menteri sama mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Pada 7 Oktober lalu, media melaporkan Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya pasportnya diserahkan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Mahkamah membenarkan pasportnya diserahkan pada 26 Oktober ini dan mengarahkan beliau memulangkannya pada 21 November ini.

Mahkamah benar pelepasan passport sementara Zahid Hamidi The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...