www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Mahir 15 bahasa, Thuch Salik kini melanjutkan pelajaran di China atas tajaan seorang ahli perniagaan

0 month ago, 17-May-2019


Masih ingat video kanak-kanak dari Kemboja yang mahir 15 bahasa ini? Videonya telah tersebar di internet pada sekitar November tahun lalu telah membuka banyak mata dan kagum dengan kemahirannya berbahasa.

Remaja lelaki itu bekerja sebagai penjual cenderamata di sekitar kawasan AngkorArchaeological Park, Kemboja. Jika anda menonton sendiri videonya pasti anda akan terkesima melihatnya berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

mothership

Menurut video tersebut, ThuchSalik, 14 mengatakan dia tidak mampu bersekolah dan perlu bekerja dengan menjual cenderamata kepada para pelancong. Impiannya menjadi kenyataan apabila kini dia dikatakan sedang belajar di China dengan tajaan seorang ahli perniagaan bernama Khit Chhern.

Channel News Asia

Ahli perniagaan tersebut juga meninggalkan mesej yang menyentuh hati kepada Salik di laman Facebooknya.

"Kamu berusia 14 tahun dan akan meninggalkan rumah untuk ke negara asing. Saya harap kamu akan bekerja keras untuk menjadi orang yang berjaya dan baik hati. Selamat berjaya, Salik," tulisnya.

Dilaporkan bahawa Salik dan keluarganya telah berangkat ke Zhejiang, China, di mana Salik akan belajar di Hailang Foreign Language School. Di lapangan terbang, Salik berlutut di hadapan Khit Chhern kerana memberi peluang kepadanya untuk keluar daripada kitaran kemiskinan.

Sinchew

Sinchew

Daripada semua negara di Asia, Salik memilih China kerana dia berminat dengan budaya dan bahasa Cina.

Malah, dia berharap dapat melanjutkan pengajian tinggi di Beijing pada suatu hari dan menjadi pemandu pelancong terkemuka yang dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada pelancong tentang budaya dan sejarah Kemboja.

OrientalDaily

Salikdisambut oleh pelajar dan kakitangan sekolah ketika dia tiba di lapangan terbang dan mereka menyambutnya dengan jambangan bunga dan juga tarian untuknya:

: ChannelNewsAsia

Mahir 15 bahasa, Thuch Salik kini melanjutkan pelajaran di China atas tajaan seorang ahli perniagaan Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts